Sunday, April 7, 2013

 
Tempat Berteduh
 
 

Alhamdulillah.....impian bakal menjadi kenyataan....idaman setiap insan ingin memiliki rumah sendiri.

Empat Kunci Kebahagiaan Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" Riwayat Ibnu Hibban.

Keluasan rumah mengikut kemampuan, Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Nya.

Kunci bakal diambil. Walaupun masih belum masuk namun persediaan da boleh masuk gear satu supaya nanti lebih lancar. Bnyk yang perlu difikirkan. Banyak berligar di fikiran -dekorasi n tema setiap ruang- ubahsuai rumah dapur, pagar (basic) etc- dan yg plg pnting of cos budget.

Sebagai peringatan terdapat beberapa pantang larang menghias rumah;
1. Mengandungi unsur2 syirik seperti patung. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…

2. Menghias rumah dengan gambar2 adalah harus sekiranya gambar2 itu tidak disanjung lebih2 lagi org yang disanjung itu adalah org kafir, ahli fasik, zalim, pemimpin yang menyekutukan ALLAH atau yang tidak mahu berhukum dengan hukum ALLAH. Gambar wanita telanjang atau separuh telanjang serta gmbr wanita tiada hubungan persaudaraan seperti artis2.

3. Tidak berlebih-lebihan dalam menghias rumah.. Seperti  pinggan mangkuk daripada emas atau perak. Sabda Rasulullaah saw, Maksudnya : Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan pinggan emas dan perak maka akan gemercik bunyi api neraka dalam perutnya ”

Ok, basic sudah ada. Tiba masanya mencari ilmu dan ilham untuk mencipta kediaman baiti jannati...HOME DECO fair@ MITC 11-14 April 2013..smg segala dipermudahkan Nya.

No comments:

Post a Comment