Sunday, April 21, 2013


        HOME DECO FAIR @ MITC
 

Pengunjung menunggu untuk cabutan bertuah

 Baru hari pertama tetapi sambutan menggalakkn..karnival ni semua pasal rumah yela kan dari segi nama pun dah tahu....dari A sampai Z ada....bila tengok semua rasa teringin...penting untuk kita senaraikan keperluan yang ingin dicari beserta budget yang ada supaya tidak lari dari track. Bukan hanya setakat budget kita juga harus mementingkan kualiti agar boleh bertahan lama.

Dapur adalah ruang yang penting. Walaupun kedudukan nya di belakang rumah ataupun tersorok namun kemasan dapur tidak boleh diendahkan. Bak orang kata mood memasak penting. Materials kabinet dapur adalah pelbagai eg.kayu solid, chipboard, MDF board, kaca, akrilik, aluminium, keluli tahan karat dan beberapa lagi . Kita harus kaji pros n kons setiap bahan2 tersebut supaya menepati selera dan paling penting untuk tahan lama.

Material: Glass

Aksesori di ruang tamu juga amat penting kerana itu melambangkan tema rumah dan tempat untuk melayan tetamu.Pilihan fabrik,tema, dan elemen yang kita suka harus selari.
1. Standard- konsep kasual, formal, kontemporari,dan  tradisional
2.Pengaruh dari seluruh dunia- French Country, konsep Tuscan, konsep Swedish and konsep Paris Apartment
3. Konsep warna-Black and White, Chocolate Browns ,Floral Themes and Denim Blues
Ada banyak lagi konsep2 lain yang menarik tapi agak kurang sesuai dengan cultural masyarakat kita. 

Sofa
Selain dari tema warna cat, 'wall paper' amatlah sesuai digunakan. Ia juga dapat menonjolkan konsep sesebuah ruang. Ia perlu dibuat dengan teliti agar selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan corak dan warna yang tepat akan memberi kepuasan. Dari segi penjagaan, kertas dinding perlu bebas dari kelembapan yang tinggi. Kalau terkena air, harus segera lap dan keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang seri.

Wall paper

Tidur amat penting untuk mengekalkan prestasi harian. Nikmat tidur bukan hanya bergantung kepada jumlah masa dan rutin tidur seharian tetapi pemilihan tilam juga penting.Tilam berperanan penting untuk kesihatan tulang belakang kerana ia menyokong belakang kita apabila berbaring. 
 
Tilam yang baik dapat mengekalkan kedudukan lengkuangan tulang belakang apabila baring. Ia juga mampu memberi tekanan sama rata ke atas tubuh badan, membantu pengaliran darah, mengurangkan pergerakan badan dan meningkatkan kualiti tidur. bahawa tilam yang baik adalah tilam yang di antara lembut dan keras                       
 
                                        
 
 
 RUMAHKU SYURGAKU..........semoga segala impian rumah kita menjadi kenyataan. Amin Ya Rabbal A'lamin
 
Contoh dapur moden

Contoh konsep ruang tamu Kontemporari