Sunday, April 21, 2013


        HOME DECO FAIR @ MITC
 

Pengunjung menunggu untuk cabutan bertuah

 Baru hari pertama tetapi sambutan menggalakkn..karnival ni semua pasal rumah yela kan dari segi nama pun dah tahu....dari A sampai Z ada....bila tengok semua rasa teringin...penting untuk kita senaraikan keperluan yang ingin dicari beserta budget yang ada supaya tidak lari dari track. Bukan hanya setakat budget kita juga harus mementingkan kualiti agar boleh bertahan lama.

Dapur adalah ruang yang penting. Walaupun kedudukan nya di belakang rumah ataupun tersorok namun kemasan dapur tidak boleh diendahkan. Bak orang kata mood memasak penting. Materials kabinet dapur adalah pelbagai eg.kayu solid, chipboard, MDF board, kaca, akrilik, aluminium, keluli tahan karat dan beberapa lagi . Kita harus kaji pros n kons setiap bahan2 tersebut supaya menepati selera dan paling penting untuk tahan lama.

Material: Glass

Aksesori di ruang tamu juga amat penting kerana itu melambangkan tema rumah dan tempat untuk melayan tetamu.Pilihan fabrik,tema, dan elemen yang kita suka harus selari.
1. Standard- konsep kasual, formal, kontemporari,dan  tradisional
2.Pengaruh dari seluruh dunia- French Country, konsep Tuscan, konsep Swedish and konsep Paris Apartment
3. Konsep warna-Black and White, Chocolate Browns ,Floral Themes and Denim Blues
Ada banyak lagi konsep2 lain yang menarik tapi agak kurang sesuai dengan cultural masyarakat kita. 

Sofa
Selain dari tema warna cat, 'wall paper' amatlah sesuai digunakan. Ia juga dapat menonjolkan konsep sesebuah ruang. Ia perlu dibuat dengan teliti agar selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan corak dan warna yang tepat akan memberi kepuasan. Dari segi penjagaan, kertas dinding perlu bebas dari kelembapan yang tinggi. Kalau terkena air, harus segera lap dan keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang seri.

Wall paper

Tidur amat penting untuk mengekalkan prestasi harian. Nikmat tidur bukan hanya bergantung kepada jumlah masa dan rutin tidur seharian tetapi pemilihan tilam juga penting.Tilam berperanan penting untuk kesihatan tulang belakang kerana ia menyokong belakang kita apabila berbaring. 
 
Tilam yang baik dapat mengekalkan kedudukan lengkuangan tulang belakang apabila baring. Ia juga mampu memberi tekanan sama rata ke atas tubuh badan, membantu pengaliran darah, mengurangkan pergerakan badan dan meningkatkan kualiti tidur. bahawa tilam yang baik adalah tilam yang di antara lembut dan keras                       
 
                                        
 
 
 RUMAHKU SYURGAKU..........semoga segala impian rumah kita menjadi kenyataan. Amin Ya Rabbal A'lamin
 
Contoh dapur moden

Contoh konsep ruang tamu Kontemporari
 
 

Sunday, April 7, 2013

 
Tempat Berteduh
 
 

Alhamdulillah.....impian bakal menjadi kenyataan....idaman setiap insan ingin memiliki rumah sendiri.

Empat Kunci Kebahagiaan Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" Riwayat Ibnu Hibban.

Keluasan rumah mengikut kemampuan, Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Nya.

Kunci bakal diambil. Walaupun masih belum masuk namun persediaan da boleh masuk gear satu supaya nanti lebih lancar. Bnyk yang perlu difikirkan. Banyak berligar di fikiran -dekorasi n tema setiap ruang- ubahsuai rumah dapur, pagar (basic) etc- dan yg plg pnting of cos budget.

Sebagai peringatan terdapat beberapa pantang larang menghias rumah;
1. Mengandungi unsur2 syirik seperti patung. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…

2. Menghias rumah dengan gambar2 adalah harus sekiranya gambar2 itu tidak disanjung lebih2 lagi org yang disanjung itu adalah org kafir, ahli fasik, zalim, pemimpin yang menyekutukan ALLAH atau yang tidak mahu berhukum dengan hukum ALLAH. Gambar wanita telanjang atau separuh telanjang serta gmbr wanita tiada hubungan persaudaraan seperti artis2.

3. Tidak berlebih-lebihan dalam menghias rumah.. Seperti  pinggan mangkuk daripada emas atau perak. Sabda Rasulullaah saw, Maksudnya : Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan pinggan emas dan perak maka akan gemercik bunyi api neraka dalam perutnya ”

Ok, basic sudah ada. Tiba masanya mencari ilmu dan ilham untuk mencipta kediaman baiti jannati...HOME DECO fair@ MITC 11-14 April 2013..smg segala dipermudahkan Nya.

Saturday, April 6, 2013

 

Ayuh Amalkan InsyaALLAH

 

Bercinta selepas kahwin........smmgnya amat manis, menarik dan semestinya lebih diberkati Ilahi......berkasih bukan hanya setakat hujung nyawa malah hingga ke syurga...cinta tak perlu dikejar kerana apabila tiba masanya ia akan hadir tanpa disedari jodoh yg terbaik ketentuan Ilahi..bermula dr bujang, kemudian berdua seterusnya zuriat,.ssunguhnya sebuah komuniti yang sejahtera bermula dr keluarga yang harmonis dan berakhlak mulia.

Kejar cita2 sebelum mengejar cinta......adik2 yang masih bersekolah jangan la terpedaya dengan cinta monyet.kerana cinta bukan hanya bertujuan  memenuhi keperluan emosi ssghnya komitmen yg lebih dari erti kata lain cinta hny sah slepas termeterainye akad berwali dan bersaksi.Sungguh amat rugi sekiranya masa mudamu kotak fikiran  utamakan pasangan kekasih sehingga pelajaran, matlamat hidup diketepikan malah lebih teruk sehingga memalukan ibu bapa.

Maintenance dlm kehidupan sgt penting.....dr benda bukan hidup, semi hidup sehingga perhubungan sesame makhluk....kereta pun kene maintain setiap 3@6 bulan,aircond pon kene servis.....sbg hambaNya kita juga perlu slalo audit diri supaya tidak lalai dan tergelincir dari syariat Ilahi....kebahagian dlm hidup berkeluarga juga perlu dimantain, suami isteri perlu memainkan pihak  masing2.....ilmu berumah tangga perlu dicari dan diupdate dari masa ke semasa mengikut kesesuaian supaya saling melengkapi dan kesejahteraan terpelihara..

Yang dicari walau bukan putera raja biarlah putera agama
yang diimpi biarlah tak punya rupa asal sedap dipandang mata
yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani asal sihat rohani sempurna hati
yang diharap bukan bukan jihad pd semnagat asal perjuangan ada matlamat
yang datang tak perlu rijal yang gemilang kerana aku serikandi dgn silam yang kilam
yang dinanti bukan lamaran dengan permata cukuplah akad dan janji setia