Friday, March 12, 2010

penghargaan .........xkan la suapan......apetah lg rasuah..??.


 
Penghargaan

zmn bekerja mmg mencabar....mcm2 hal keraneh manusia kite jumpa..hmmm..lumrah alam...
di thn ini.....baru mula hari ini br b'peluang mengambil cuti rehat...aissshhh..pe nk buat...kekurangan kakitangan di clinic, perkhidmatan di utamakan...sedang2 rehat...peristiwa kerja yg baru2 ini b'laku terkenang........

sedang leka sy menulis dlm kad rekod pesakit;

"dr akma......terima kasih...ni tuk dr"...........erk..sy dgn muka blur,agak terkesima hanya mampu tersengih & kate "trime kasi, wat susah2 je"..........beg tu d buka..teddy bear di dalam....
di lain hari..ketika..dan suasana...'dr..ni utk dr.....'...mcm bese..ayat skrip mgkin..."trime kasi, wat susah2 je"...........lbh kurang 10 kotak chocolate dlm beg kertas.......sy bahagikan antara staff2..

pasti gembira......rase ape yg dibuat di hargai pesakit........skali gus teringat kembali zmn undergrade....di kelantan...pesakit sgt menghargai....pernah diberi tudung, tuala, chocolate,note RM, pizza..etc........terharu....rase dihargai....


tapi...............................................bagi kite mentaliti rakyat biasa menilai..bese la mende2 mcm tu....sbg ucapan terima kasih pesakit...x lebih x kurang apa2 pon....benarkah??

bln 2 thn ini sy ade menghadiri kursus induksi...msh segar ucapan sorg penceramah wakil SPRM(Suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia)...katenye seseorg pegawai mana2 pun...lbh fokus pd perubatan/pergigian/farmasi pd mase itu...di larang menerima sebarang hadiah/pemberian dari pesakit, org perseorangan..mahupun company...erkkk...sy dgn shbt baik di sisi mengalami kekeliruan yg amat....xkan la smpi mcm tu...mane tau die ikhlas,,,,??

aissshhh..nk buat mcm mane...........?

.............sila baca...fikir...nilai.........dan adaptasikan.....

takrif suapan;
  • wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  • apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  • apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  • apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  • apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  • apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  • apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
sumber;http://www.sprm.gov.my/

KESALAHAN RASUAH;

Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu - nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
sumber;http://www.sprm.gov.my/


tarik nafas dlm...skang otak sy lbh clear........x salah sy trime sbb...sy trime hadiah setelah selesai membuat rawatan pd pesakit, tiada lg follow up slps itu....beri rawatan sepatutnye mengikut jenis masalah yg di hadapi..yg mane die hny faham setelah penerangan di berikan.....die tdk minta nk buat mcm ni..mcm tu...atau layanan istimewa...disegarakan atau seumpanya....yg mane die xde kepentingan pape pon......hny sekadar menghargai.............

hmm...moralnye.......jauhi rasuah...berkhidmat dgn jujur.......sama rata...........Islam sndri mengharamkn rasuah/suapan.....Di samping itu Islam memberi amaran terhadap pihak yang terbabit dalam rasuah, bahawa mereka akan menerima balasan yang amat menggerunkan. Dalam hal ini Abdullah Ibnu Umar meriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah serta perantaraan keduanya. Rasulullah Saw bersabda :

Bermaksud : " Laknat Allah kepada si pemberi rasuah dan penerima serta orang yang bekerja di antara keduanya. "

(hadis riwayat Ahmad dari Tsauban

1 comment: